Wednesday 15 March 2017

BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN



Nama sebenar Tunku adalah Tengku Abdul Rahman Putera ibni Abdul Hamid HalimShah atau nama gelaran beliau adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau dilahirkan dengan berdarah keturunan raja iaitu pada 8 Februari 1903 dan beliau meninggal pada 6 Disember 1990 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan Ketua MenteriTanah Melayu dari tahun 1955 dan juga Perd4ana Menteri pertama sejak negara mencapai kemerdekaan tahun 1957 sehingga perletakan jawatan beliau pada tahun1970. Pada tahun 1963 beliau telah menunjukkan keupayaannya dalam pembentukan Malaysia. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai
 
Bapa Kemerdekaan tetapi juga sebagai  Bapa   

Tunku dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang juga dikenalisebagai Istana Pelamin. Beliau merupakan anak yang ke-7 serta anak yang ke ke-20kepada Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Sultan yang Ke-24 negeri Kedah.  Bondanya dikenali  sebagai  Cik Menyalara  yang  berketurunan  Siam  dan  Burmanamun telah menukarkan namanya setelah memeluk Islam kepada Sharifah Fatimah, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara iaitu anak perempuan. Luang Naraborirak (kleb) seorang pegawai daerah Thailand. Tunku dilahirkan atau disambut dalam keadaan biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan

 
 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj |
Kedah Pengganti Sultan Kedah ialah Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul HamidHalim Shah yang telah berumur 30 tahun pada masa itu. Ketika kecil, Tunku dipanggil dengan panggilan Awang kerana rupa parasnya tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau juga bebas bermain-main di luar istana bersama-samaorang kampung.Pada tahun 1933, Tunku telah berkahwin dengan seorang wanita kacukanCina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Setar bernamaMariam. Beliau mendapat dua orang cahaya mata hasil dari perkahwinan tersebut iaituTunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Tahun 1934 Mariam telah meninggal dunia kerana menghadapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Setelah itu, Tunku telah mengahwini Violet Coulson iaitu bekas tuan rumahnya di England. Oleh kerana kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanitaInggeris atas peristiwa penipuan di Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light iaituseorang Inggeris, Tunku dititahkan menceraikan Violet. Kemuadiannya Tunku berkahwin pula dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah seorang rakansekuliahnya sewaktu di England yang berketurunan Arab. Perkahwinan merekadirestui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah namun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Oleh sebab itu, mereka mengambil 3 orang anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Selain itu, Tunku juga telah mengahwini secara rahsia dengan wanita berbangsa Cina pada tahun 1963 dan mendapat  dua orang cahaya mata yang diberi nama Tunku Noor hayati              dan             Tunku             Mastura

No comments:

Post a Comment