Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan
untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star.
Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia)
dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam
UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan
Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu
selama 20 tahun.
Dato Onn Jaafar
No comments:
Post a Comment